Majlis Perpisahan khas buat Cikgu A'pipah telah diadakan pada 14 Jan 2016 (Khamis). Beliau akan meneruskan perkhidmatannya di SK Jeli 2 sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Kalau hendak dikira, sungguh banyak jasa dan sumbangan beliau kepada SKAL, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi dan bakti beliau.
Beliau adalah antara orang yang paling lama berkhidmat di SKAL, iaitu lebih dari 20 tahun. Harapan kami, semoga Cikgu A'pipah maju jaya dan akan meneruskan kecemerlangan di tempat yang baharu.
0 ulasan:
Catat Ulasan