Pengenalan

PIAGAM PELANGGAN


Kami warga Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas, Jeli Kelantan dengan penuh rasa tanggungjawab berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:-

1. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang dinamik dan berkesan serta mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan kondusif.

2. Menyediakan dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latarbelakang, agama, bangsa dan keturunan.

3. Memberi pendidikan yang cemerlang dan efektif serta membimbing supaya dapat melahirkan insan yang berilmu, beramal, berjasa, berketrampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Memastikan prestasi kecemerlangan murid dan kakitangan sentiasa dicapai dan berterusan.

5. Memastikan jalinan dan hubungan mesra dengan ibu bapa, murid-murid dan juga sesiapa yang berurusan dengan pihak sekolah.




SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas atau nama ringkasnya SK Ayer Lanas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Ayer Lanas.

Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas ialah sebuah sekolah rendah yang terletak dalam daerah Jeli. Sekolah ini dibina pada tahun 1957, selepas kemerdekaan Malaysia. Bangunan sekolahnya agak berusia kecuali makmal komputer yang baru dibina.

Read More..
SK AYER LANAS, JELI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute