15 Julai 2015

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2015



Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan 2015 telah diadakan pada 14 Julai 2015. Program berlangsung dengan dimulai dengan pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, dan Nasyid. Selepas itu Majlis Khatam Al-Quran pula diadakan dengan diketuai oleh Ust Shahdan dan Ust Wan Mohd Sharifuddin. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar dan mendapat respond yang positif dari murid-murid untuk menyertai pertandingan tersebut.

Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah, sumbangan kepada murid miskin dan anak yatim, serta agihan duit raya kepada semua murid-murid SKAL.

Pihak sekolah dan Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah, terutamanya kepada guru-guru, murid-murid, staf-staf, dan pekerja kerana anda semua memberikan kerjasama yang amat memberangsangkan dalam menjayakan program ini. 

TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

SK AYER LANAS, JELI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute