Alhamdulillah, pada tanggal 8hb Februari 2015 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Samsung Smart Classroom di SK Syer Lanas. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut hadir bersama ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tn Hj Hussain b Awang, dan juga wakil dari pihak Samsung.
Kami warga SK Ayer Lanas berasa bangga kerana sekolah kami terpilih untuk dilaksanakan program Samsung Smart Classroom ini. Program ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan