Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menerima sumbangan berupa 40 buah komputer dan sebuah bilik khas yang dinamakan Samsung Smart Classroom yang pertama di Malaysia yang akan disumbangkan oleh Samsung Malaysia Electeonic (SME).
Sehubungan dengan itu seluruh warga SK Ayer Lanas dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan ibu/bapa dan penduduk setempat di Ayer Lanas untuk hadir ke majlis sebagai tanda sokongan terima kasih kepada pihak Samsung di atas sumbangan yang amat besar ertinya kepada anak-anak dan pelajar SK Ayer Lanas.
Majlis tersebut akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:
Tarikh : 8 Februari 2015
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Dewan Utama SK Ayer Lanas
Perasmi : YB Dato' Sri Mustapa b Mohamed
0 ulasan:
Catat Ulasan