Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 21 September 2017. Majlis ini adalah dibawah anjuran Panitia Sejarah dan Unit Kaunseling. Majlis dimulai dengan perarakan murid-murid dengan mengibarkan Jalur Gemilang di perkarangan kawasan berhampiran SKAL.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara dewan, iaitu ceramah kemerdekaan yang disampaikan sendiri oleh tuan Guru Besar. Seterusnya ialah pertandingan pakaian patriotik dan acara persembahan dari murid-murid.
0 ulasan:
Catat Ulasan